Sunday 12 October 2008

Halalkah gaji kita sebagai kakitangan kerajaan Malaysia?

: Pendapatan Kerajaan Bercampur


www.zaharuddin.net


Soalan

Betul kah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? mana buktinya?.Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang halal ?

JAWAPAN UZAR :

Sebarang bukti saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada sebarang bukti, namun bagi saya bukti pembahagian akaun telah dibuat bukanlah satu perkara asas dalam hal ini, ( sebaliknya yang asas adalah mengapa sesebuah kerajaan itu ingin meluluskan sesuatu industri yang haram seperti judi dan lain-lain) . Adapun dalam konteks soalan ini, kita sedang memberikan fokus kepada pendapatan kerajaan yang TELAH PUN bercampur.


Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Apa yang haram adalah cara perolehannya dan bukan fizikalnya.

Justeru itu, oleh kerana sememangnya terdapat perolehan kerajaan dari sumber cukai yang halal dan haram (dari sudut SHariah dan bukan dari sudut undang-undang), tanpa pengasingan akaun, sudah tentu percampuran halal dan haram akan berlaku, namun ingin saya tegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai terbabit (pelaksana) dan pemimpin yang membuat dasar.

Adapun, kakitangan awam yang bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai kementerian, pensyarah di IPTA, Jabatan Agama, Mufti, Qadhi, Jurutera, Akauntan dan ramai lagi, gaji mereka adalah halal. selagi mana KERJA YANG DILAKUKAN HALAL. Walaupun gaji mereka keluar dari kantung Negara yang bercampur dari hasil halal dan haram, duit dari sumber haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada gaji mereka.

Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Ia tidak berpindah kepada orang yang tidak berkaitan secara fizikal (iaitu apabila wang kertas itu berpindah ke tangan orang lain).

Selain itu, jika wujud orang yang ingin bersikap terlalu keras dan 'strict' tidak bertempat sehingga ingin mendakwa semua gaji kakitangan awam adalah haram kerana wujudnya percampuran, maka saya nasihatkannya untuk melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Dimanakah ia bekerja, jika ia bekerja di sebuah syarikat maka mungkin percampuran pendapatan syarikat juga akan berlaku kerana sebahagian besar modal syarikat juga datang dari sumber haram iaitu pinjaman bank riba dan pengurusan juga banyak yang mendapatkan kontrak secara rasuah dan lain-lain lagi. Justeru boleh dikatakan bahawa sebahagian pendapatan syarikat adalah haram.

Jika ia mengatakan "saya bekerja sendiri" maka ia tetap akan menghadapi situasi yang sama iaitu pembelinya menggunakan wang yang bercampur dari sumber haram dan halal.


Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.

KESIMPULAN


semua kakitangan awam jangan bimbang dengan gaji mereka selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Adapun setiap pelaksanaan perintah oleh orang atasan yag bercanggah dengan Islam akan menjadikan sebahagian gaji mereka haram dan syubhah. Manakala beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan termasuklah setiap individu yang menyokong.


Adapun, jika anda ingin membaca dalil-dalil kepada jawapan yang saya utarakan ini. Anda bolehlah membaca dengan faham artikel berikut.

Maksud saya ‘faham'kan kerana anda perlu mengaitkan dalil itu dengan kerajaan yang bercampur pendapatannya.


Sekian,


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Thursday 9 October 2008

Tazkirah Syawal

Kali ini saya menyorot kembali pengertian takbir dan tahmid melalui takbir raya; وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ ; Dialah (Allah SWT) yang memenangkan tentera Islam dan menghancurkan pasukan Ahzab dengan EsaNya...

Mengapa laungan takbir dan tahmid ini kita ulang setiap kali tiba hari raya baik idul fitri mahupun idul adha? Apa kepentingan memperingati ahzab di saat kita bergembira menyambut hari raya?
Bagi saya kemenangan umat Islam dalam peperangan Ahzab adalah hasil daripada kejayaan mereka menguasai hawa nafsu dan tunduk kepada Allah SWT. Mereka tidak lagi terpengaruh dengan godaan dunia seperti mana dalam peperangan Uhud.

Biarpun situasi berlakunya Ahzab; umat Islam berada dalan segala bentuk kesukaran namun hasil tarbiyah Ramadhan mereka berjaya menjadi insan yang berkualiti. Mampu menggali parit yang luas sehingga bumi Madinah terselamat daripada serangan musuh yang bersekutu, yang berpakat dalam menghancurkan Islam dan tanah air mereka.

Bulan Ramadhan telah banyak mendidik hati kita untuk banyak mengingati Allah SWT maka amalan mulia itu mesti kita teruskan sebagai budaya yang dapat kita hayati sepanjang masa. Jika Umat Islam terdahulu berjaya; adalah kerana mereka semua tunduk kepada Allah SWT; mereka menang kerana jiwa mereka sudah merdeka dan menang. Kita juga boleh berjaya sepertimana mereka jika kita tunduk kepada Allah SWT dan yakin kepada janji-janji Allah SWT. Kekuatan meterial saja tidak cukup untuk beroleh kemenangan tetapi kekuatan minda dan jiwa juga perlu bagi memastikan sebuah kemenangan.

Ya, Umat Islam dahulu juga pernah kalah kerana jiwa mereka sudah kalah dan dikuasai nafsu; mereka terbukti kalah di dalam peperangan Uhud. Namun tiada lagi kekalahan buat mereka selepas itu apabila nafsu dan dunia tidak lagi berada dalam jiwa mereka. Mereka terus menerus beroleh kejayaan; kejayaan demi kejayaan. Kejayaan inilah yang harus disedari oleh umat Islam hari ini. Kealpaan mereka dengan duniawi sehingga melupakan Allah SWT menyebabkan mereka dilupakan oleh Allah SWT.

Mereka ini disifatkan oleh Allah SWT di dalam al-quran yang mafhumnya: "Ketikamana orang-orang yang beriman itu melihat tentera Ahzab, mereka berkata: Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan RasulNya kepada kami, dan benarlah janji Allah SWT dan RasulNya, dan tidaklah menambah kepada mereka melainkan iman dan penyerahan diri kepada Allah SWT".

Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah bersama menghayati sirah Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab.

Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Kaum Quraisy ingin menumpaskan kesemua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Ribuan pasukan yang terdiri dari puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Asad, bani Kilab, bani Syaiban, bani Ghatfan dan hampir seluruh kabilah yang sepakat akan menyerang kaum muslimin di kala itu.

Mereka semua berjumlah tidak kurang daripada 10 ribu orang sedangkan di pihak Islam berjumlah 3000 orang sahaja. Mereka berkumpul dan mengepung dari Utara Madinah. Sementara itu, pakatan Kaum Yahudi Madinah daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah menyaksikan penyatuan golongan yang membenci agama Allah ini dalam memerangi Rasulullah SAW dan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.

Setelah peristiwa pembunuhan Kaab bin Asyraf, seorang yahudi yang menghina Nabi SAW dan Islam pada tahun 4 Hijrah, kebencian golongan Yahudi ini membuak buak sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa agama sesat golongan quraisy Mekah adalah lebih baik daripada Islam sedangkan mereka merupakan golongan yang mengetahui Al Kitab dan beriman dengan Nabi Allah Musa A.S.

Dengan pimpinan Kaab bin Asad yang dihasut oleh Huyayy bin Akhtab, kedua dua pemimpin yahudi laknat ini telah berpakat sesama mereka dan bersatu dengan musyrikin Makkah untuk menyerang Madinah. Salman al farisi telah mencadangkan kepada Nabi SAW supaya dibuat parit yang mengelilingi Madinah supaya serangan tentera Ahzab tidak dapat menembusi Madinah. Lalu Rasulullah SAW bersama para sahabat dengan iman yang kental memulakan pembinaan parit tersebut untuk mempertahankan Islam.

Pada saat kedatangan tentera Ahzab ini, kaum Yahudi menyerang kaum muslimim dari belakang dan tentera musyrikin menyerang dari arah hadapan. Tentera bersekutu Ahzab kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.

Rasullulah SAW telah berdoa sebagaimana riwayat dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, Rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan: "Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka."

Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh. Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur, dengan pertolongan Allah S.W.T bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh kaum tentera muslimin yang sedikit.

Allah S.W.T menggambarkan situasi ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat". (al-Ahzab: 9-11).

Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab. Allah SWT telah menewaskan tentera Ahzab dengan keesaanNya.

Pengajaran perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan kuffar untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun. Golongan yang menegakkan agama Allah SWT sentiasa akan diuji dengan serangan yang dilakukan oleh pakatan Ahzab moden yang sangat membenci Islam.

Dunia hari ini memperlihatkan golongan kuffar bersepakat dalam melakukan serangan yang dilakukan kepada Negara ummat Islam. Islam, syariat Islam, serta golongan yang memperjuangkan Islam sentiasa menjadi sasaran mereka.

Tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan orang orang beriman dizaman dahulu. Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah. Daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya, kebencian golongan kuffar terhadap agama Allah SWT sangat membuak buak dan mereka sentiasa bersedia untuk menghancurkan Islam dan ummatnya pada hari ini.

Tetapi mereka mesti ingat, Allah menjanjikan pertolongan bagi orang-orang beriman dan mengazab musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari.

Selain dalam peperangan Ahzab, Allah S.W.T juga telah menolong kaum muslimin dalam peperangan-peperangan yang lain seperti yang berlaku didalam peperangan Badar, Uhud dan Khaibar. Sesungguhnya al- Maunah (pertolongan Allah) pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan Islam.

Ihsan : Ustaz Zaharudin Abdul Rahman

Saturday 30 August 2008

JENAKA

1.Orang gila mandikan arnab

Suatu hari, seorang lelaki baru saja pulang kerumahnya setelah bekerja seharian.. dia melihat kucingnya sedang menggigit arnab peliharaan jirannya.. nampaknya arnab itu telah mati dan lelaki itu menjadi panik... Lelaki itu bimbang yang jiran nya akan membencinya akibat dari kejadian itu. Akhirnya dia mendapat idea.. dia mengambil arnab itu.. membawanya ke bilik mandi.. memandikannya, mengeringkan bulunya dan meletakkan semula ke kandang di halaman jirannya.. Dia berharap agar jirannya itu berkata yang arnab itu mati secara tiba-tiba bukan disebabkan kucingnya..
Dua hari kemudian.. jirannya keluar dari rumah dan bertanya pada lelaki itu.. "Engkau tahu tak yang arnab aku sudah mati?" Lelaki itu dengan gementar menjawab.. "Err.. tidak.. errm.. apa yang terjadi?" Jiran itu menjawab.. "Arnab itu sudah mati di kandangnya... yang mengerikan adalah sehari sesudah aku menanamnya di belakang rumah.. ada seseorang menggalinya.. memandikannya dan meletakkannya semula di kandang ini... Aku pasti orang itu adalah orang gila dan mungkin berada dikawasan ini"


2. Mandikan kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?Budak: Saya nak mandikan kucing sayePekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.Pekedai: Bagaimana kucing kamu?Budak: Mati!Pekedai: kan saye dah kata... !Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

3. Samseng kampung dusun

Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg. Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan, member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa. Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu, bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu. Paham!!?Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi! Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan... .!"Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat."Nanti, nanti... ... . En.Sarip", kata tauke warung. "Maaf jika saya bertanya... .. apa telah terjadi di kampung Mawar?""Tak ada ape2", kata Sarip. "Aku kena balik jalan kaki lah."

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 51/2008

oleh:orang kita

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Semua orang menggenggam tangan bersorak ria menyambut kemerdekaan negara ke-51 apabila jam berdetik 12 kali pada tengah malam 31 Ogos nanti. Cukupkah sekadar bertempik bangga, bersuka ria dan berpesta menyambutnya?Hidup dalam cengkaman penjajah begitu memeritkan. Mereka bertindak sewenang-wenang, merampas hak dan tanah rakyat. Rakyat diperhambakan tanpa upah setimpal, tidak kurang didera. Apabila ada yang bersuara menuntut haknya akan menerima padah, tidak kurang disumbat dipenjara kerana disyaki melawan pemerintah atau dituduh mengumpul senjata untuk menjatuhkan mereka.Itu antara senario kehidupan rakyat Malaysia yang terjajah 51 tahun lalu. Ia tidak terbayangkan oleh generasi masa kini yang hanya merasakan nikmatnya hidup di alam kemerdekaan. Kerana terlupa kepedihan hidup itu, generasi kini hilangnya rasa syukur. Akibatnya kita terjajah buat kali kedua - penjajahan minda dan budaya kerana hanyut dalam arus kesenangan.Untuk mengingatkan generasi ini mengenai episod penjajahan, kita tidak perlu memaksa mereka untuk menonton filem sejarah mengenai penjajahan Inggeris dan Jepun. Kita perlukan cara baru untuk memancing minat mereka kepada ‘visi’ kemerdekaan. Mungkin baik mereka diingatkan dengan filem kisah benar terkini mengenai kepedihan dan kesengsaraan teman sebaya mereka, anak dan rakyat terjajah di Iraq, Palestin, Afghanisatan, Chechnya dan umat Islam di Amerika selepas peristiwa 11 September dan Britain selepas pengeboman 7 Julai lalu.Rakyat Palestin dan Iraq menjalani hidup setiap hari dalam kesengsaraan. Mereka terpaksa menghadapi kebengisan dan kekejaman penjajah yang hanya menyapa dengan senjata penghancur dan kereta kebal yang sentiasa bersedia meruntuhkan rumah tempat mereka bernaung. Mereka hanya mampu meraung dipaksa berpisah dengan orang tuanya, tidak tahu entah bila akan bersua kembali.Jadi, visi kemerdekaan yang bagaimana yang mesti kita miliki agar misi ‘kemerdekaan’ yang diusung dipertahankan kemurniannya?Rasulullah SAW adalah ‘bapa kemerdekaan' yang sebenarnya. Baginda menentang tradisi bangsa Arab jahiliah dan memulakan budaya baru - hidup secara Islam! Baginda melakukan sebuah perubahan total dalam pemikiran, perasaan dan politik di tengah masyarakat tanpa kekerasan.Setelah berlaku pergolakan pemikiran di kota Makkah yang luar biasa dan terus-menerus selama 13 tahun, yang api dan semangatnya dirasakan oleh seluruh bangsa Arab, Rasulullah akhirnya berhasil mendapatkan kekuasaan di Madinah. Selepas berkuasa di Madinah, Baginda melanjutkan proses perubahan hingga mampu mengubah wajah seluruh jazirah Arab daripada jahiliah menjadi Islam dalam tempoh hanya 10 tahun.Di antara anak didik Rasulullah yang hebat ialah Rabi' bin Amir, Hudzaifah bin Mihshan dan Mughirah bin Syu'bah. Sebelum meletusnya Perang Qadisiyah mereka ditanya seorang demi seorang oleh Panglima Tentera Parsi, Rustum: "Apakah yang membuat kamu datang ke sini?" Masing-masing menjawab dengan jawapan sama: "Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk memerdekakan (siapa saja yang mahu) daripada perhambaan manusia terhadap manusia kepada perhambaan manusia kepada kepada Allah yang Esa; daripada kesempitan dunia kepada keluasannya; dan daripada penyimpangan semua agama ke keadilan Islam."Itulah visi kemerdekaan daripada generasi pewaris ‘perubahan’ sejati. Misi kemerdekaan mereka begitu luhur. Sudahkah kita membulatkan tekad dengan visi dan misi agung itu?Allah mengingatkan sahabat nikmat kemenangan di Perang Badar, yang sebelumnya mereka dalam kehinaan dan lemah. Firman-Nya bermaksud: “ Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 123)Cara mensyukuri nikmat kemerdekaan.- Mensyukuri dengan kalbuIa adalah pengakuan bahawa nikmat kemerdekaan semata-mata berasal daripada Allah. Apabila ini diingkari, kita bimbang Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menggantinya dengan azab. Firman berfirman: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan.” (Surah Ibrahim, ayat 28)- Mensyukuri dengan lisanIa dalam bentuk bertahmid dan bertahlil kepada-Nya, serta berterima kasih dan menyebut jasa baik pejuang dan pahlawan. Tidak lupa mendoakan mereka, semoga amalnya diterima Allah.Menyebut jasa baik juga sebahagian daripada syukur kepada Allah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia, bererti tidak bersyukur kepada Allah." (Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan Ahmad Syakir).- Mensyukuri dengan perbuatan.Ia dalam bentuk sujud syukur saat nikmat kemerdekaan itu tiba. Setiap kita memperoleh nikmat dianjurkan bersujud. Perkara ini berdasarkan hadis Abu Bakar, katanya: “Adalah Rasulullah apabila datang kepadanya khabar gembira atau diberitakan, Baginda serta merta bersujud kerana bersyukur kepada Allah." (Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan Al Bani).Kita mestilah mengisi nikmat kemerdekaan dengan amalan yang disyariatkan Allah untuk mendapat keredaannya. Kita perlu sensitif dan jauhi perbuatan yang sering disaksikan pada hari menyambut kemerdekaan. Hiburan yang melampau sehingga pagi, pergaulan bebas bukan muhrim dan minuman yang memabukkan di tempat sambutan perayaan.Orang yang mensyukuri nikmat Allah dengan berbuat maksiat kepada-Nya, diumpamakan tidak ubahnya seperti kaum yang dilaknat-Nya. Allah berfirman: “Katakanlah: "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut, dengan mengatakan : "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami daripada bencana ini, tentulah kami menjadi orang yang bersyukur". Katakanlah: "Allah menyelamatkan kamu daripada bencana itu dan dari segala macam kesusahan kemudian kamu kembali menyekutukannya." (Surah al-An'am, ayat 63)

Thursday 8 May 2008

MIMPI-MIMPI RASULULLAH SAW

jihad:Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W.Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad .a.w. bersabda:Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin.... · Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.· Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.· Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.· Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.· Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.· Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.· Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.· Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.· Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.· Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.· Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.· Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.· Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.· Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.· Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.· Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.· Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.· Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.· Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti. wallahu'alam.. sumber http://www.raudhah.net/

Tuesday 6 May 2008

AWAS, BUKAN PERKARA YANG REMEH

Meniru Dalam Peperiksaan
Tahap Kecekapan (PTK)
Soalan
Salam,
Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit) yang diperolehinya?
- 60138807885 -
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.

Anak murid kaki meniru itu pula akan menjadi guru di masa hadapan dan juga meniru dalam PTK nya, maka kitaran orang meniru akan menjadi semakin panjang dan kualiti semakin kurang sehingga lahirlah penganggur dan pekerja yang tidak produktif, kaki bodek dan rasuah.
Dari sudut hukum, asasnya adalah :-
1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.
Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.
Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.
Tindakan
Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.
Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.
Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
27 Ogos 2007
14 Syaaban 1428 H

BICARA AGAMA SEMASA

Ujian Bagi Si Pintar & Sufiah
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Mempunyai IQ atau tahap keintelektualan yang tinggi merupakan satu kebanggaan buat pemiliknya. Mereka juga kerap dipandang tinggi oleh rakan dan masyarakat.


Namun perlu diingat menjadi ‘bijak' adalah satu ujian Allah swt yang besar, malah ramai yang jatuh tertewas dengannya dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Demikian juga halnya bagi orang yang berilmu, ujiannya juga hampir sama.
Allah s.w.t berfirman : -
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. ( Al-Anbiya : 35 )
Kebijaksaan minda adalah satu anugerah jika ia diarah kepada kebaikan, tetapi ia boleh menjadi malapetaka jika gagal dikawal dan dipandu.
Tekanan Perasaan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat kewangan Islam pernah berkata kepada sebahagian pekerjanya, saya turut berada di waktu itu:
"Orang pintar sering tertekan disebabkan mereka menyangka semua orang boleh memahami sebagaimana ia memahami sesuatu perkara, bila didapati sebaliknya, ia tertekan dan menjadi marah" katanya yang mungkin menjelaskan keadaan dirinya. Wallahu a'lam.
Keadaan ini menjadikan seorang ketua yang bijak IQ nya sering mencampakkan hasil kerja pegawainya kerana tidak mencapai standardnya. Malah mulutnya juga semakin ringan untuk mengutuk, memaki dan mencarut kerana gagal menahan perasaannya. Berbekalkan kecergasan minda ditambah pula pengalaman, sesuatu perkara itu amat simple dan mudah untuk diselesaikan namun tidak bagi orang bawahannya.
Pertembungan ini menjadikan orang bijak sering menjadi mangsa tekanan perasaan.
"This is rubbish, stupid you!!"
Inilah antara kata yang terhambur dari lisan seorang CEO setelah meneliti dokumen laporan kewangan yang disediakan oleh pegawainya. Sedangkan pegawai itu menyiapkan kerjanya sehingga lewat malam, esoknya kata-kata itu yang diperolehinya. Akhirnya pegawai kewangan itu berhenti kerja beberapa bulan selepas itu kerana tidak tahan lagi dengan ayat-ayat yang dikeluarkan.
"Senang je ustaz jalan ke masjid kami ni, ustaz nampak stesyen Petronas, terus belok kiri dan kemudian belok kanan, nanti akan nampak menara masjid kami" Urusetia menjelaskan lokasi kepada saya.
"Petronas yang mana satu ni?" Tanya saya sambil pening-pening cuba membayangkan lokasinya.
"Ala petronas yang biasa tu le. yang besar sikit, senang je ustaz.." tegasnya.
" ok lah, nanti saya jumpa saya call"
Itu suasana biasa yang saya hadapi untuk ke tempat ceramah. Sudah tentu ia senang bagi mereka yang sudah ada ilmu tentang lokasinya, namun bagi mereka yang belum ada ilmu, ia sukar lagi mengelirukan.
Selain mereka yang pintar, mereka yang berilmu juga menghadapai cabaran tekanan perasaan penyoal-penyoal yang mengutarakan soalan teramat mudah, terlalu basic hingga adakalanya menjadi amat bosan untuk menjawabnya. Namun perlu sabar dan sabar. Akhirnya tanpa cara dan teknik yang betul, orang berilmu dan pintar diserang sakit stress, murung hingga akhirnya kehidupan diri dan keluarganya terkena tempiasan buruk.

Tekanan Bosan
Selain dari tekanan kerana orang sekeliling yang tidak mampu mencapai tahap pemikirannya, mereka juga berhadapan suasana kebosanan melihat perkara stereotype atau perkara yang sama berulang-ulang.
Ini adalah antara yang menimpa Sufiah dan Adi Putra. Mereka bosan dengan pelajaran yang telah mereka ketahui. Kerana kepintaran luar biasa mereka, mereka gagal menahan kebosanan berbanding pelajar pintar sederhana lain yang masih boleh belajar sehingga tamat.
Bapa Sufiah pernah mengatakan :-
"selepas berusia lima tahun, beliau menghantar Sufiah ke sekolah, tetapi anaknya hanya bersekolah selama tiga bulan kerana mengadu bosan dengan pelajaran di sekolah.""Secara umumnya, pengetahuan Sufiah lebih terkedepan berbanding sukatan yang diajarkan di sekolah.
Hal yang sama berlaku kepada Adi Putra, di mana pada 16 & 17 Jan 2008, berita TV3 memaparkan Adi Putra yang bijak matematik terpaksa berhenti sekolah. Dia merupakan pelajar pintar matematik yang agak heboh diperkatakan beberapa tahun lalu semasa berumur 5 tahun. Tahun lepas dia memasuki Sekolah Islam Antarabangsa dibiayai antaranya oleh kerajaan Terengganu. Tahun ini dia telah berhenti atas logik alasan otaknya berenjin seperti Ferrari tetapi input sekadar seperti enjin Kancil.

Kehidupan para pensyarah Universiti setiap hari berfikir untuk menulis, mengkaji sesuatu yang baru dan jauh dari stereotype. Ramai dari pensyarah bijak pintar ini ingin dan suka menjadi the pioneer dalam sesuatu kajian. Malah itu juga merupakan kemuliaan bagi seseorang pensyarah dan itu juga yang diperlukan ketika anda ingin menulis thesis sarjana dan PhD. Walaupun kajian itu hanya difahami oleh segelintir kelompok masyarakat, ia tetap dianggap kepuasan bagi mereka. Tidak dinafikan ada yang tidak sedemikian malah lebih baik dan menyeluruh kajiannya.
Pengalaman saya menyiapkan ijazah sarjana di Jordan juga demikian, tajuk yang ingin dikaji mestilah belum ada yang menulisnya, jika sudah ada pun mestilah dari sudut yang berbeza.
Puaslah saya menyelongkar tajuk-tajuk tesis di perpustakaan pelbagai Universiti, dan beratus-ratus tajuk demi memastikan tiada persamaan.
Kehidupan di universiti memang selalu menjurus kepada berfikir secara kritikal dan perlu menghasilkan sesuatu yang lain dari orang lain namun mestilah berasas dan berfakta.
Keadaan inilah yang merawat kebosanan dari menjengah minda intelek para professor dan sarjana di Universiti.

Kisah Sufiah Yusuf
Kes Sufiah Yusuf adalah satu kes yang malang dan berpunca dari pelbagai sebab dan faktor. Tekanan kebosanan pernah diluahkan secara terus terang oleh Sufiah sendiri. Sebagai katanya :-




Sufiah claimed that she wanted to be in control of her life.
"I hate this stereotype society has of escorts as being exploited. It is so far from the truth. My clients treat me like a princess. One guy took me shopping on Bond Street. He bought me a beautiful black Gucci dress for £300 (RM1,920) and then took me to Selfridges, where I could pick a handbag I liked"
Kasihan seribu kali kasihan, minda yang pintar matematik sahaja jauh sekali dari cukup bagi melahirkan insan yang mempunyai arah tuju yang benar. Akhirnya minda memerangkapnya.
Kelemahannya menyebabkan ia mencari kelainan dengan cara yang pelik dan haram apabila menyebut, dia membaca formula matematik semasa melayani pelanggan. Selain itu kata-katanya
"I don't believe my education had been wasted - in fact, I usually take problem sheets with me to solve before appointments," she said (sumber)
Selain itu, faktor berikut juga berkemungkinan menambah perisa tekanan dan masalah yang membawa kehancuran, antaranya :-

1) Ketidakstabilan Kehidupan Keluarga

Menurut laporan akhbar, kehidupan keluarganya juga bermasalah, tidak perlu saya dedahkan di sini. Cukuplah ia diberitakan di akhbar-akhbar perdana perihal masalah suasana kehidupan keluarganya.

Kehidupan keluarga yang baik amat penting dalam membentuk diri anak-anak. Menurut media, Ibu Sufiah iaitu Halimaton bernasib baik kerana hubungannya dengan empat lagi anaknya, Abraham, 26, Iskander, 21, Aisha, 25, dan Zuleika, 14, sangat rapat. Beliau menetap di rumah mereka di Coventry bersama Abraham, Iskander dan Zuleika, manakala Aisha menetap bersama suaminya di kawasan kediaman berhampiran dan sentiasa melawatnya.Keempat-empat anaknya dikelaskan sebagai pelajar pintar. Iskander mendaftar di Universiti Warwick pada usia 12 tahun manakala Aisha pula 15 tahun, tapi Sufiah dianggap paling bijak.
Namun Sufiah, mungkin terlepas ... Sufiah juga diwartakan berkata :
'Tidak pernahkah terlintas di fikiran anda sebab saya meninggal rumah adalah kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan penganiayaan emosi dan fizikal selama 15 tahun?''
''Saya sudah cukup menderita kerana kehendak hati anda yang bodoh mengenai tenis, pelaburan, komputer, perbankan dan sebagainya" kata Sufiah dalam e-melnya. (sumber )

Dia juga dilaporkan berkata :
"From 11, I was studying maths all the time. I didn't have any friends. I wasn't in the Brownies. My father said they didn't teach Muslim values. I hardly ever played with other children." (Sumber )
Dari sudut pandang Islam, tidak tepat untuk memaksa diri dan orang lain termasuk anak untuk belajar tanpa rehat dan bermain. Nabi s.a.w sendiri pernah menyebut kepada seorang sahabat bernama Hanzalah r.a yang menyangka dia telah menjadi munafiq hanya kerana di dalam kuliah bersama nabi ia menangis dan amat sedar tetapi bila pulang ke rumah, masih ada masa untuk bergelak ketawa bersama anak dan isteri :-

والذي بيده، لو تَدومُون على ما تكونون عندي ، وفي الذّكر ، لصافَحَتكم الملائكة على فُرُشِكُم ، وفي طُرُقِكم ، ولكن يا حنظلةُ ساعَةً وساعَةً-ثلاث مرار

Ertinya : " Demi nyawaku di tangan Allah, sekirnaya kamu terus menerus sebagaimana kamu seperti di hadapanku (insaf, serius dan teliti), nescaya kamu akan sama tahapnya seperti Malaikat di tempat tidurmu dan di perjalananmu. Namun Hanzalah, ingatlah seketika, seketika (ertinya ada ketikanya kita serius dan ada waktunya kita berehat dan meringankan fikiran)" (Riwayat Muslim, Kitab Taubat, no 69000, 17/69)

Demikian juga sebuah athar lain menyebut :-

رَوِّحُوا عن القلوب ساعةً بعد ساعة
Ertinya : "Rehatkan hatimu masa ke semasa" ( Riwayat Shihab, no 672, sanad dhoif)

Apapun, elok jika anda dapat membaca web ini ( RUJUK ) untuk bersifat berhati-hati dalam menerima berita-berita dari media. Cuma kesimpulan saya, keadaan keluarga dan diri yang tidak stabil dan bercerai berai menjadi penambah punca tekanan.

Cuba baca petikan dari web keluarga Yusuf ini. Membetulkan apa-apa kemungkinan salah info..
Misconception 1: All the Yusof children were taught via Farooq's "accelerated learning methods" - a tortuous regime involving studying in the freezing cold, punishments for answering questions incorrectly, and "stretching and breathing exercises".
Actually, Farooq wasn't even responsible for the majority of the teaching! For most of the Yusof children's early life, Halimahton was practically a single parent as Farooq was in prison (having been convicted of mortgage fraud) or on the run for six years - he only returned to the household when Iskander, the youngest at the time, was seven years old. By this stage, the Yusof children were already prodigies and were also anything from three to seven years ahead in most academic subjects, in spite of the fact that they spent most of their time engaged in less bookish activities (such as tennis or playing with other children).
Misconception 2: The Yusof children only became prodigies because they were forced to work unreasonably hard and/or were homeschooled.
False. Halimahton never worked with them for two hours per day, and during their A-levels the kids studied as much or as little as they wanted to.
Misconception 3: TV and pop music were banned in the household.
This isn't even remotely true. All the children regularly watched many TV series like Fawlty Towers, the X-Files, and Star Trek, in addition to the usual movies, sports, and so on. Their tastes have changed a lot since then, though!
Misconception 4: The Yusof parents put tremendous pressure on their kids to succeed.
Untrue, because they didn't need to - high achievers naturally tend to have correspondingly high expectations and thus they put a lot of pressure on themselves to do well. Most of the truly ridiculous expectations were held by people outside the family, who often seemed to believe that a prodigy should be perfect at absolutely everything; in reality, prodigies fail just as often as anyone else, which isn't actually a bad thing as eventually everyone needs to learn to cope with failure in a sensible manner.
Misconception 5: Sufiah's abilities were unique, even within the family.
Not really - while she was very good, she's just been in the media spotlight much more than the others because of what happened after she went to Oxford. Iskander was a year younger when he went to university and Zuleikha was considerably younger than either when she completed her A-levels (although she already has the qualifications, Zuleikha has not yet applied to university as she wants to explore many of her interests and further develop as an individual before entering uni). Of course, the media like to portray Sufiah as a unique case because it makes for a better story. ( RUJUK )
Difahamkan Akibat tekanan, Sufiah akhirnya tidak pulang ke rumah selepas peperiksaan ketiganya di Oxford pada 22 Jun 2000, sebaliknya menaiki kereta api ke Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan.
Kesimpulan dalam bab ini adalah kepentingan kehidupan keluarga yang stabil. Inilah salah satu dari hasil kehancuran rumah tangga. Kerana itu, peranan wanita di dalam keluarga adalah amat penting.
2) Suasana kehidupan di negara yang sangat bebas

Berbekalkan suasana rumah dan keluarga yang bermasalah, ditambah dengan penceraiannya. Suasana sekeliling yang fasad juga memainkan peranan. Sudah tentu ia bergantung di mana ia bergaul. Namun saya kira, dia telah dibela dan bercampur dengan rakan-rakan yang tidak baik akhlaknya. Diri sendiri adalah faktor terbesar, kerana diri sendiri yang menjerumuskan diri dengan rakan sebegini.
Nabi pernah menegaskan kepentingan suasana baik dan rakan yang baik bagi membantu melahirkan kehidupan solehah melalui sabda baginda :-
‏إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن ‏ ‏يحذيك ‏ ‏وإما أن ‏ ‏تبتاع ‏ ‏منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة
Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan peniup api di dapur arang; adapaun rakan seperti pembawa wangian, ia (mmembawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Adapun rakan seperti peniup api dapur , samda ia akan membkar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya, UK sebuah negara bebas, segala-galanya ada di sana..tanpa bekalan yang betul, tidak sukar untuk seseorang hancur imannya.
Sama seperti Mesir,
"jika enta ingin mencari neraka di sana, boleh; nak cari Syurga juga boleh" kata seorang ilmuan Shariah veteran lepasan Mesir kepada saya sewaktu saya bertanya kepadanya suasana pembelajaran dan kehidupan di Mesir.
Tidka terkecuali di Malaysia dan mana-mana negara. Di Malaysia juga ada pelacur-pelacur dan escort woman..sama seperti di UK. Namun bagi saya, di sana jumlah penduduk Islamnya dan jumlah yang bukan Islamnya jauh berbeza. Ini menjadikan sesuatu maksiat tidak dilihat buruk dan pelanggannya lebih menyeluruh. Anda tidak perlulah ingin mem'backing' UK dan mengutuk Malaysia dalam hal ini. Saya hanya ingin menegaskan ini sebagai salah satu faktor tambahan saja. Jika anda ingin juga, anda boleh lakukan di forum yang lain sahaja.

3) Kekosongan pengisian ruhaniah yang ‘up to her standard'
Orang bijak memerlukan orang bijak juga yang mendekati dan memberikan pengisian, jika tidak ilmu Islam yang diberi tidak akan mampu meresap ke dalam jiwanya. Kekeringan pengisian ini menjadikan seseorang terlepas dari tali Allah. Akhirnya berbekalkan minda luar biasa, ia akan mula memikirkan perkara luar biasa serta pelik, jauh dari stereotype..
Malah dari senarai ilmu yang diajarkan oleh bapanya, tiada langsung disebut ilmu Islam. Semuanya ilmu dunia untuk menambah kaya dan kejayaan dunia semata-mata agaknya. Justeru dengan jiwa sedemikian dan aqal yang bijak dalam satu bidang sahaja. Pasti tersesat di lautan dunia.

4) Kemungkinan konspirasi oleh pihak yang bermusuh dengan Islam

Ada juga rakan-rakan yang membawakan kemungkinan teori konspirasi yang cemburu dengan kepintaran umat Islam, lalu diculiknya dengan cara terhormat dan dirosakkan hidupnya sebelum kepintaran mereka merosakkan kumpulan mereka.

Teori konspirasi ini juga pernah diutarakan oleh beberapa pegawai kerajaan dalam kursus kepada para pensyarah universiti. Mereka menyatakan bahawa Noor Suzaily Mokhtar yang dirogol dan dibunuh oleh Hanafi Mat Hasan di dalam bas itu adalah seorang yang sangat pintar dalam bidang komputer.

Difahamkan bahawa satu badan kerajaan yang popular di luar negara pernah menawarkan kerja kepadanya tetapi dia menolak.Keadaan ini dinyatakan menyebabkan tindakan menghapuskannya dirancang. Demikian info dari kursus yang wajib dihadiri oleh sebahagian pensyarah .
Berbalik kepada kes Sufiah melalui petikan akhbar tahun 2000, kelihatan Sufiah dijaga oleh pihak tertentu sewaktu kehilangannya.
Sufiah meneruskan ancaman ke atas keluarganya supaya mendedahkan kepada media bahawa beliau selamat dan tinggal bersama saudara mara sama ada di London atau Scotland.
''Jika tidak saya akan pergi kepada akhbar dengan cerita sebelah pihak saya pula tengah hari esok. Saya benar-benar maksudkannya.''
Inilah nada mesej itu yang mengukuhkan lagi kepercayaan Farooq bahawa Sufiah berada di tangan 'pihak ketiga'. ''Ia bukan Sufiah yang sebenar. Ini adalah permainan psikologi pihak ketiga ke atas keluarga kami,'' kata Farooq. (Sumber)
Saya serahkan kepada mereka yang pakar untuk menyiasatnya.

Lagi Ujian si Pintar
Lihatlah betapa ‘kelembapan minda seseorang' itu satu ujian buatnya, demikian juga kepintaran melampau.
Ramai individu pintar tertekan dengan aqalnya, gagal dikawal perasaan dan tindakannya selepas itu. Hingga tersilap menggunakan minda yang bijak itu untuk tujuan yang bertentangan dengan Islam seperti merompak, menipu, mencipta virus, menghasilkan teori-teori jahat, merangka sistem computer, IT yang mengkayakan diri tanpa mengendahkan keburukan buat awam dan banyak lagi.
Selain itu, muncul juga mereka yang bijak begitu taksub dan besar diri dengan idea dan pemikirannya, sehingga semua idea orang lain dianggap pendek aqal serta tidak melihat apa yang diperkatakan secara mendalam.
Mereka adakalanya terlalu amat yakin dengan ideanya, terutamanya dalam isu yang tidak memerlukan fakta dan hanya hujjah umum serta logik. Sukar untuk membuktikan ideanya kurang tepat kerana ia bukanlah isu kira-kira matematik tetapi bentuk pemikiran.
Padahal ia telah tertipu dengan mindanya yang dirasakan sangat sangat tepat itu, sehingga menafikan kebenaran dari pihak orang lain sama sekali.
Jangan begitu. Kita hidup di dunia ini perlu menyedari bahawa masih ada orang yang bijak menyamainya atau melebihinya. Malah orang yang tidak sebijak mereka mungkin boleh memberi pandangan yang lebih tepat berdasarkan pengalaman. Pengamatan dari pengalaman luas boleh saja menewaskan idea dari aqal yang bijak tanpa pengalaman. Ada yang tertolak mengikut kajian teori aqal tetapi logik menurut pengalaman.
Bukanlah satu kesalahan untuk merasa amat yakin dengan idea sendiri, terutamanya apabila ia lahir dari kajian mendalam dan pemikiran yang jauh. Namun, jangan sampai menafikan seratus peratus idea orang lain. Kecuali ia dalam isu yang jelas seperti kira-kira 1 + 1 = 2, isu pengharaman riba dan apa-apa isu yang telah diputuskan secara kolektif atau diketahui keputusannya berdasarkan panduan jelas seperti isu riba dalam bank konvensional dan bentuk-bentuknya.
Para Ilmuan Agama Yang Pintar, Sabarlah
Imam Ahmad, ketika beliau diminta memberikan komentar dalam hal terdapat pendapat yang membolehkan solat sunat selepas Asar. Lalu ia memberikan respondnya :-
لا نفعله ولا نعيب من فعله
Ertinya : Kami tidak melakukannya dan kami tidak menyalahkan mereka yang ingin melakukannya ( Tartib At-Tamhid, 3/345 ; Naqal dari As-Sahwah Al-Islamiyyah, Al-Qaradawi, hlm 347 )
Di dalam bab cabang dan khilaf, jangan pula terlalu tegas tanpa melihat keadaan sekeliling. Imam Ahmad sekali lagi pernah meninggal solat sunat sebelum maghrib, padahal ia berpandangan ianya sunat. Apabila ditanya, dijawabnya :
رأيت الناس لا يعرفونه
Ertinya : Aku melihat orang ramai tidak melakukannya ( As-Sahwah Al-Islamiyyah, hlm 353 )
Para ulama silam pernah menyebut :
من لم يطلع على اختلاف العلماء لم يشم رائحة الفقه
Ertinya : Sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan fatwa para ulama, maka mereka ini belum lagi mencium bauan ilmu Fiqh (apatah lagi Fiqh itu sendiri)
Akhirnya bagi mereka yang dikurniakaan minda intelek dan sihat, ketahuilah ia merupakan satu cabaran untuk mengendalikannya sesuai dengan tuntutan kebenaran. Justeru, nasihat menasihatilah. Semoga kita semua selamat dari fitnah minda yang sihat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
11 April 2008

KEPUTUSAN MTQ SKB5 KELOMPOK 5 2008

dengan penuh rasa bangganya, setiap kali MTQ peringkat kelompok 5 dipertandingkan para peserta dari SKB5 tidak pernah pulang dengan tangan kosong, terbaru pada tahun ini pencapaian amat membanggakan, walaupun jumlah murid hanya seramai 72 orang dari tahun 1 hingga 6, tidak menjadi penghalang kepada kecemerlangan, berikut merupakan keputusan rasmi bagi peserta SKB5/2008 :

1. johan hafazan lelaki : Adik Azamuddin Izhar B. Mat Shoib
2. Ke 3 tilawah al Quran : Adik Mohd Ikram Bin Mohd Ali
3. Ke 3 Tulisan jawi / khat : Adik Nurul Syifa Bt. Roslan.

syabas dan tahniah!!! semoga pada tahun-tahun mendatang akan lebih lebih bersinar, sebersinarnya bulan purnama.
walaupun penyertaan pada peringkat Daerah Batang Padang hanya mendapat saguhati, pihak Panitia ag tetap berbangga dan yakin tahun hadapan SKB5 lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.